View in:

Pameran Kraf Kipas Batik hasil usaha Projek Kemasyarakatan

Oleh Normaya Binte Nurdin bersama pelbagai kumpulan kemasyarakatan
Singapura

28 Sep – 30 Okt 2011, Rabu – Ahad
Esplanade Community Wall

Batik merupakan seni kraf yang sangat sinonim dengan budaya dan seni Melayu. Biarpun secara tradisi, warna yang digunakan hanya terhad kepada biru tua, coklat dan putih, kini ia telah berkembang dengan sentuhan artistik berwarna-warni.

Dengan menggunakan teknik pewarna lilin, ia mampu mewujudkan kepelbagaian corak yang mencerminkan pengaruhan yang luas dari reka bentuk asli yang rumit seperti khat – kaligrafi Arab, jambangan bunga Eropah dan burung phoenix Cina hinggalah pada bunga Sakura dan burung merak India atau Parsi.

Sempena sambutan seni dan budaya Melayu di Pesta Raya tahun ini, Esplanade mempersembahkan projek menghasilkan kipas batik sebagai sebahagian dari inisiatif penglibatan masyarakat. Projek ini melibatkan beberapa kumpulan kemasyarakatan yang menyertai 10 siri bengkel sambil menerokai kegunaan dakwat batik pada kertas cat air. Saudari Normaya bakal menunjukkan demonstrasi lukisan batik di mana para peserta berpeluang mempelajari teknik mencipta reka bentuk di atas kertas yang akan dijadikan kipas.

Sesetengah kipas batik yang dihasilkan akan dipamerkan di Esplanade Community Wall sebagai sebahagian dari pesta pameran seni tampak ini.

Batik Fan-Making Community Project Exhibition

facilitated by Normaya Binte Nurdin with various community groups
Singapore

28 Sep 2011 – 30 Oct 2011, Wed – Sun
Esplanade Community Wall

Batik is an art and craft that is synonymous to Malay arts and culture. Traditionally limited to natural dyes of indigo, brown and white, the form has evolved to more colourful artistic expressions.

Using a wax-resist dyeing technique, the wide diversity of patterns that can be created reflect a variety of influences ranging from intricate indigenous designs, Arabic calligraphy, European bouquets and Chinese phoenixes to Japanese cherry blossoms and Indian/Persian peacocks.

In celebration of Malay arts and culture at Pesta Raya this year, Esplanade presents a batik fan-making project as part of the community engagement initiative. This project takes various participating community groups through a series of 10 workshops that explores the use of batik ink on watercolour paper. Miss Normaya facilitates a batik painting demonstration where participants learn to create designs on paper that are made into fans.

A selection of batik hand fans will be displayed at Esplanade’s Community Wall as part of the visual arts exhibition this festival.

Bengkel Seni Batik

Dikendalikan oleh Maya dari LDMM Art Studio

30 Sep 2011, Jumaat, 6ptg -9mlm
1 Okt & 2 Okt 2011, Sabtu dan Ahad, 3ptg – 9mlm
Esplanade Concourse

Minat pada seni lukisan batik? Ikuti bengkel melukis batik di atas kertas cat air dengan menggunakan inspirasi daripada corak-corak flora tradisional dan kontemporari. Peserta akan mempelajari cara penggunaan pewarna batik celup, memahami teknik-teknik alternatif seni batik serta mencipta komposisi seimbang dalam sebuah lukisan.

Nota: Tiada pendaftaran diperlukan. Satu lukisan dihadkan untuk setiap seorang. Peserta akan dapat membawa pulang lukisan batik yang dihasilkan di kertas cat air (saiz A4) yang akan disimpan di dalam bekas plastik.

Gambar ilham dari Maya, LDMM Art Studio

Batik Prints Workshop on Watercolour Paper

Facilitated by Maya from LDMM Art Studio

30 Sep 2011, Fri, 6 – 9pm
1 & 2 Oct 2011, Sat & Sun, 3 – 9pm
Esplanade Concourse

Enjoy the art of batik painting on watercolour paper with designs inspired by traditional and contemporary flora patterns. Participants will learn about the application of batik dyes, understand the alternative techniques in batik and creating balance composition in a painting.

Note: No registration is required. Limited to 1 design per person. Participants will bring home their batik printing on watercolour paper (A4 size) which will be sealed in a clear plastic sheet.

Photo Courtesy of Maya, LDMM Art Studio