View in:
Pesta Raya merupakan sebuah pesta budaya tahunan sealiran dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, sempena meraikan seni dan warisan Melayu. Pesta ini turut menampilkan atur cara hebat dengan penampilan barisan artis-artis tradisional dan kontemporari dari setempat, serantau, malah juga antarabangsa disamping mempamerkan antara yang terbaik dalam seni tarian, teater dan muzik. Merangkumi susunan acara bertiket dan percuma, Pesta Raya pasti akan menghiburkan semua.

Isikan hujung minggu anda dengan muzikal kanak-kanak yang paling digemari di Indonesia, Laskar Pelangi; konsert pop gandingan adik-beradik hebat, Ziana dan Anuar Zain; pertikaman lidah dalam Se-Malam bersama Adi Rahman dan Kembali ke Jalan Ampas bersama Datuk Aziz Sattar serta tetamu undangannya. Nantikan juga pelbagai acara percuma termasuk tayangan filem Melayu klasik, bengkel seni batik dan juga persembahan tarian.

Pesta Raya is an annual cultural festival that follows the festivities of Hari Raya Aidilfitri, celebrating Malay arts and heritage. Featuring a gamut of international, regional and local acts, the festival offers a rich line-up of programmes showcasing some of the best traditional and contemporary Malay artistes in a vibrant selection of dance, theatre and music productions. Comprising both ticketed and free performances, Pesta Raya has something for all to enjoy.

Fill your weekend with an exciting array of performances such as Indonesia's favourite children's musical, Laskar Pelangi; a pop concert with Malaysia's iconic siblings Ziana and Anuar Zain; a witty and outrageous comedy segment with Adi Rahman and friends; and a journey back to the golden days of local Malay cinema with Datuk Aziz Sattar and his guests. Also, look forward to a weekend of free programmes that will include special screenings of classic Malay films, batik workshops, and a dance showcase.